True Grit (filem 2010)
True Grit (filem 2010)

True Grit (filem 2010)

True Grit ialah filem Amerika Syarikat 2010 diarahkan, ditulis, dihasilkan dan disunting oleh adik beradik Coen dan merupakan adaptasi kedua novel berjudul sama tahun 1968 karya Charles Portis - ia sebelum ini pernah diadaptasi pada tahun 1969 dibintangi John Wayne. Versi ini dibintangi Hailee Steinfeld sebagai Mattie Ross dan Jeff Bridges sebagai Marshal A.S. Reuben J. "Rooster" Cogburn, bersama-sama Matt Damon, Josh Brolin dan Barry Pepper. Selepas seorang penjenayah yang bernama Tom Chaney membunuh ayahya, gadis ladang berusia 14 tahun Mattie Ross mengupah Rooster Cogburn, untuk membantunya mencari Chaney dan membalas dendam terhadap ayahnya. Duo yang bertelingkah itu tidak keseorangan dalam usaha mereka, seorang renjer Texas bernama LaBouef juga mengesan Chaney atas sebab-sebab sendiri.Pengambaran bermula pada bulan Mac 2010 dan True Grit secara rasmi ditayangkan di Amerika Syarikat pada Disember 22, 2010, selepas tayangan lebih awal pada awal bulan itu.[2] Filem ini dibuka di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-61 pada Februari 10, 2011.[3] Ia dicalonkan untuk sepuluh Anugerah Akademi: Gambar Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama (Bridges), Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Sokongan (Steinfeld), Arahan Seni Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik, Campuran Suara Terbaik dan Suntingan Suara Terbaik. Filem ini dikeluarkan dalam Blu-ray dan DVD pada Jun 7, 2011.

True Grit (filem 2010)

Bahasa Inggeris
Berdasarkan True Grit oleh
Charles Portis
Lakon layar oleh Joel Coen
Ethan Coen
Muzik oleh Carter Burwell
Disunting oleh Joel Coen
Ethan Coen
(sebagai Roderick Jaynes)
Pengarah Joel Coen
Ethan Coen
Penerbit Joel Coen
Ethan Coen
Scott Rudin
Pecah panggung $252.2 juta[1]
Mula ditayangkan 22 Disember 2010 (2010-12-22)
Syarikatpenerbitan
Skydance Productions
Mike Zoss Productions
Scott Rudin Productions
Amblin Entertainment
(tidak dikredit)
Sinematografi Roger Deakins
Tempoh tayangan 110 minit
Dibintangi oleh Jeff Bridges
Matt Damon
Josh Brolin
Barry Pepper
Hailee Steinfeld
Negara Amerika Syarikat
Dikisahkan oleh Elizabeth Marvel
Pengedar Paramount Pictures
Perbelanjaan $38 juta

Rujukan

WikiPedia: True Grit (filem 2010) http://boxofficemojo.com/movies/?id=truegrit2010.h... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=truegrit20... http://www.imdb.com/title/tt1403865/ http://www.metacritic.com/film/titles/true-grit http://www.metacritic.com/movie/true-grit http://www.rottentomatoes.com/m/true-grit-2010/ http://rogerebert.suntimes.com/apps/pbcs.dll/artic... http://www.totalfilm.com/reviews/cinema/true-grit http://www.berlinale.de/en/presse/pressemitteilung... http://www.dcfilmsociety.org/screen.htm